“Lalu kami timbuskan dia bersama rumahnya dalam tanah, maka tidak dia mendapat golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah”
-Surah al-Qasas ayat 81
Siapakah Qarun? Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 yang bermaksud “Sesungguhnya Qarun adalah dari Kaum Nabi Musa” Qarun miskin rajin bekerja Asal miskin akhirnya kaya Emas permata tidak terkira Berkat doa Nabi Musa Masya Allah… Qarun tenggelam dengan kemewahan emas permata. Hingga dia lupa kepada pencipta-Nya. Qarun bongkak dan bangga Lupa kepada Allah yang Esa Nabi Musa dikhianatinya Lupa asal usulnya.. Allah berfirman dalam surah al-Qasas ayat 76, maksudnya: “Berkata kaumnya (Qarun) janganlah engkau terlalu bangga. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bermegah-megah.” Qarun semakin bermaharajalela.. Nabi Musa tiada, keluar kota. Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Sekarang aku telah kaya. Kau! Kau! Mari Ikut aku!! Bani Israel rasa tersiksa Tiada Musa tambah derita Turunlah wahyu perintahkan Musa Balik ke Mesir demi kaumnya…. Nabi Musa pulang membawa perintah… Qarun diarah keluarkan zakat… Melenting Qarun sambil menjawab, “Ya, Ya, Ya,!! Aku sedang mengira jumlah untuk kubayar zakat”.. Janji hanya tinggal janji… Sampai masa tidak dibayar… Qarun berdegil terus mengingkari… Dituduh Musa penipu besar… Qarun terus mencari akal. Difitnahnya Nabi Musa dengan pelacur yang diupah. Habis Kaum Musa disebarkan fitnah. Berdoalah Nabi Musa kepada Allah. Dengan sabar… Musa berdoa… Allah membantu.. Sekelip mata…. Wanita pelacur itu bergetar jiwanya.. Akhirnya mengaku.. Semuanya fitnah semata… Memandangkan sikap Qarun tidak dapat lagi dibendung. Maka diperintahkan Allah kepada Nabi Musa agar memukul bumi dengan tongkatnya. Bergegar bumi terbelah dua… Menelan Qarun serta pengikutnya… Baru tersedar kerana siksa… Tiada Allah ampunkannya… Menjerit Qarun sekuat hatinya, “Musa.. Musa… Tolonglah! Aku bertaubat Musa. Ampuni aku Musa.” Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 81, maksudnya: “Lalu Kami timbuskan dia bersama rumahnya dalam tanah, maka tidak dia mendapat golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah” |
Harta hanya hiasan dunia… Zakat bagi mereka yang berada… Janganlah tamak dan haloba… Kisah Qarun di telan bumi… Menjadi teladan kita semua… |
Orang yang bijak adalah mereka yang bermuhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk kehidupan selepas kematian. (Hadis diriwayatkan oleh Imam Termizi).
Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah