Keutamaan Membaca 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah

Daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ بالآيَتَيْنِ مِن آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ في لَيْلَةٍ كَفَتاهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada waktu malam, telah cukup baginya dengan keduanya.”
(HR Al-Bukhari, 5009)

Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah:

ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِۦ‌ۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا‌ۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ • لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرًا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِينَ •

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mensyarahkan makna telah cukup baginya (كَفَتَاهُ) seperti berikut:

  1. Telah cukup baginya qiyamullail
  2. Telah cukup baginya untuk membaca al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.
  3. Telah cukup baginya perkara-perkara yang melibatkan aqidah kerana ayat tersebut menceritakan tentang keimanan dan amalan secara umum.
  4. Telah cukup baginya (terselamat) daripada
    segala keburukan.
  5. Telah cukup baginya (terselamat) daripada keburukan syaitan
  6. Telah menolak keduanya (ayat tersebut) daripada keburukan manusia dan jin.
  7. Telah cukup baginya untuk mendapatkan kebaikan daripada keduanya.

(Fath al-Bari, 9/56)

Kongsikan halaman ini: