Program hafazan semasa cuti sekolah untuk murid tahun 5 sesi 2023/2024
Assalamualaikum wbt
Apa khabar murid-murid? Semoga murid-murid sihat sejahtera di samping keluarga.
Sempena cuti sekolah yang bermula pada 18 Februari 2023 ini, ada sedikit tugasan untuk murid-murid sebagai persediaan memasuki Tahun 5 pada sesi persekolahan akan datang. Tugasannya adalah seperti di bawah:
1. Membaca dan menghafaz surah al-Qadar
2. Membaca dan menghafaz surah at-Tin
Di sini ustaz sediakan sedikit bahan pelajaran untuk dijadikan panduan.
Gunakan masa cuti ini dengan melakukan perkara yang berfaedah. Selamat belajar!
ARAHAN TUGASAN 1
Membaca dan menghafaz surah al-Qadar
Murid boleh rujuk buku teks Pendidikan Islam Tahun 5 muka surat 12 dan 13.
Dengar dan ikut bacaan video di bawah.
Buat ulangan bacaan dan hafazan setiap hari.
Video Hafazan Surah al-Qadr (Ulang 10x)
Uji kefahaman murid-murid tentang tajuk ini. Selamat menjawab!