… biar gambar berbicara..
Adakalanya hanya dengan sekeping gambar boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat kebaikan…
Mengajak diri sendiri dan orang lain untuk melakukan kebaikan adalah perkara yang dituntut dalam agama. Inilah yang dinamakan dakwah. Ada yang fasih lisannya berdakwah dengan tazkirah… Ada yang tajam penanya berdakwah dengan tulisan… Bagi yang sukakan keindahan berdakwah dengan seninya…
Mungkin pada pandangan sesetengah orang, ia hanyalah bukan apa-apa atau sekadar suka-suka. Namun dalam tak sedar, jika ia boleh menjentik hati kita untuk berfikir sejenak tentang kehidupan yang baik… itulah dakwah.
Anak-anak ini masih kecil dan belum mengerti apa itu dakwah…Adalah menjadi tanggungjawab kita yang dewasa inilah mendedahkan mereka dengan perkara kebaikan.
Berkata-kata dengan perkataan yang baik…
Post gambar di media sosial yang baik-baik..
Komen post orang lain di media sosial dengan tulisan yang baik-baik…
Jom ibadahkan apa yang kita buat.. Mudah-mudahan ada nilai di sisi Allah. Salam Maulidur Rasul buat semua.
Cinta Rasul jangan bermusim.. Cinta Rasul hingga akhir hayat.
#jombuatbaik
#buatbaikAllahsayang
Gambar di atas telah terpilih sebagai Top 3 dalam pertandingan Foto Kreatif sempena Maulidur Rasul peringkat SK Sungai Bogak.
Orang yang bijak adalah mereka yang bermuhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk kehidupan selepas kematian. (Hadis diriwayatkan oleh Imam Termizi).
Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah